Selamat datang ke blog My Shared Folder.. :::INFO SEMASA::: (1)> Perkhidmatan Ezytopup servis sudah dijalankan pada 22/06/2012... p/s: urusniaga dalam Ringgit Malaysia tunai sahaja.. (2)kpd rakan-rakan yang ingin mendaftar menjadi Reseller boleh hubungi Azizineo untuk info selanjutnya... Terima Kasih atas sokongan anda..

Tuesday 19 June 2012

TENAGA PIRAMID


PENDAHULUAN
PYRA - tenaga
MID - tertumpu
PYRAMID - Tenaga yang Tetumpu

Anda mungkin mengetahui tentang kewujudan piramid di dunia ini tetapi pernahkan anda mendengar mengenai daya dan tenaga yang dihasilkan daripada piramid yang ada di muka bumi ini ? Bagaimana tenaga ini terhasil dan bagaimana kaedah untuk menggunakannya untuk memenuhi keperluan seharian kita ?

Tenaga Piramid merupakan bentuk tenaga mistik yang masih lagi dikaji oleh penyelidik mengenainya. Namun telah ramai yang menggunakan tenaga tersebut dan terbukti keberkesanannya. Pengunaan tenaga ini tidak dikaitkan dengan sebarang amalan keagamaan kerana ia bersifat semulajadi dan universal. Percaya atau tidak tentang keupayaan tenaga Piramid ini adalah bergantung sejauh mana anda dapat menggunakan tenaga ini mengikut kaedah yang ditunjukkan. Ingat, piramid tidak berkuasa tetapi tenaga yang ada di dalamnya adalah anugerah Allah untuk kita ,sebagai khalifah di muka bumi ini untuk menggunakannya.

Tenaga yang terdapat di dalam binaan Piramid hanya merujuk kepada tenaga , daya dan kuasa yang terdapat di alam semesta ciptaan Allah . Ia sama seperti tenaga tenaga lain yang diketahui oleh sains seperti tenaga cahaya, mekanikal, bunyi , cahaya dan sebagainya. Bezanya Cuma sains moden tidak mengiktiraf tenaga piramid sebagai satu tenaga dalam erti kata sains moden kerana para saintis tidak dapat menjelaskan mengapa terdapatnya kuasa di dalam binaan piramid atau mengapa tenaga dan daya dapat disalurkan dan dikumpulkan dengan hanya menggunakan sebuah piramid.

Secara saintifiknya, bahagian tajam atau runcing yang menghala ke atas akan menarik ion-ion atau tenaga dari atmosfera sebagaimana bahagian tajam yang dipasang di atas bumbung struktur tinggi untuk menarik pancaran kilat ke bumi. Bahagian di bawah bentuk tajam atau runcing pula akan mengumpulkan tenaga yang berada di bawahnya sebagaimana terdapatnya kebocoran di lapisan ozon tertentu di atmosfera kerana bahagian tersebut merupakan bahagian yang meruncing berbanding bahagian lapisan ozon yang lain.

Kesimpulannya struktur binaan piramid akan menarik tenaga dari alam ini dan mengumpulkannya di dalam binaannya serta akan dipancarkan ke empat penjuru mengikut penjuru yang ada pada binaan piramid. Pancaran tenaga itu tidak dapat berbuat apa apa kecuali difokuskan dengan penggunaan minda kita yang juga merupakan sebahagian daripada pancaran gelombang yang boleh diubahsuai mengikut keadaan. Sebagai contoh, pancaran cahaya matahari tidak dapat membakar kecuali kita menggunakan kanta untuk memokuskan pancaran menjadi terkumpul dan membakar objek yang disinarinya.

Dengan menghalakan diri anda kepada piramid yang terdapat di Mesir atau di mana mana sahaja di alam ini, atau ke permukaan piramid yang anda bina sendiri ( daripada kadbod ), akan berlakulah perkara-perkara yang mengagumkan serta dapat menyelesaikan masalah kehidupan anda.



KAJIAN YANG TELAH DILAKUKAN

Barang dan objek yang diletakkan di dalam piramid akan :-

Mengekalkan warna bunga ros
Mengekalkan ketajaman pisau cukur
Mengering dan mengekalkan bentuk serta buah epal
Mengekalkan kilauan barang – barang perhiasan
Mengekalkan kesegaran susu segar dalam masa yang lebih panjang
Membantu perkembangan pokok
Meningkatkan rasa / aroma kopi dan jus buah buahan
Mengeringkan daging dan makanan mentah tanpa mngubah rasanya
Meningkatkan kualiti tidur dan rehat
Meningkatkan daya penyembuhan penyakit
Memudahkan proses meditasi dan menenangkan fikiran


PENETAPAN LOKASI PIRAMID

1. Mengikut unjuran Utara – Selatan. Gunakan kompas untuk penentuan
2. Jauh daripada sumber elektrik, medan magnet dan elektrostatik
3. Tempat yang tidak menjadi tumpuan ramai
4. Tempat yang tenang dan bebas daripada kebisingan
5. Tempat yang kedudukan piramid tidak akan diganggu oleh orang lain.
6. Boleh diletakkan di luar rumah tetapi ada perlindungan daripada panas dan hujan
7. Di atas permukaan yang rata.
8. ’Bersihkan’ energi tempat untuk perletakan Piramid sebelum meletaknya di lokasi
berkenaan kerana energi negatif yang sedia ada di lokasi berkenaan akan mempengaruhi energi yang akan dipancarkan oleh piramid berkenaan
9. Sebagai penambahan, letakkan beberapa kristal terpilih di sekitar piramid serta gunakan wangi wangian di sekitarnya untuk menambahkan lagi keberkesanan tenaga yang dipancarkan oleh piramid.
10. Sekarang, andaikan lokasi berkenaan adalah tempat yang istimewa dan jauhi daripada berkata sesuatu yang negatif, emosi yang negatif serta perbuatan yang tidak sepatutnya di lokasi berkenaan kerana semua ini akan mempengaruhi tenaga yang dipancarkan oleh piramid.
11. Seeloknya, lakukan solat dan aktiviti kerohanian seperti berzikir dan membaca al Quran di lokasi berkenaan.
12. Tenaga Piramid boleh digunakan mengikut kaedah yang akan diterangkan dan keperluan yang anda mahukan.

Apakah yang akan berlaku bila piramid telah berada di lokasi yang betul ?

Setelah di tempatkan di lokasi yang tepat, maka anda akan dapati tidak ada apa apa yang akan berlaku. Ini samalah seperti mana anda meletakkan kedudukan antena TV di tempat yang betul, tidak ada apa apa yang akan berlaku pada TV anda.

Ingatlah bahawa piramid adalah sebuah alat seperti antena TV. Maka untuk mendapatkan hasil yang berkesan, anda perlu membuat penyelarasan gelombang iaitu dengan menggunakan kekuatan minda ataupun kekuatan daya pemikiran anda iaitu FOKUS MINDA terhadap kemahuan yang anda hajati.
RAHSIA PERMUKAAN PIRAMID
1. Permukaan Utara - Kekayaan Kebendaan ( Fizikal )

Permukaan Utara dapat dikaitkan dengan perkara-perkara yang boleh dilihat dan disentuh. Dengan membuat penyelarasan keserasian diri anda dengan gelombang tenaga yang dipancarkan oleh piramid berkenaan, maka anda dapat menggunakannya untuk mencapai kehendak anda berkaitan kebendaan atau material. Walau bagaimanapun perlu diingat bahawa tenaga piramid mematuhi hukum alam, maka anda tidak seharusnya mengambil sikap tamak dan takbur dalam mengejar impian keduniaan ini.

2. Permukaan Timur – Perasaan kasih Sayang dan Kedamaian Jiwa ( Emosi )

Perasaan kasih sayang di sini tidak bermaksud atas dorongan nafsu seks tapi adalah nilai kasih sayang yang abadi serta semulajadi. Sebagai contoh untuk menguatkan hubungan kekeluargaan, meningkatkan ikatan rumah tangga, kedamaian dalam kehidupan dan seumpamanya.

Jangan disalahgunakan Tenaga Permukaan Timur ini dengan berhajat agar sesaorang yang tidak sukakan anda akan menjadi sebaliknya hingga ke tahap sukar melupakan anda. Ini menyeleweng dari tujuan sebenarnya pengunaan tenaga piramid yang berkaitan dengan hukum alam.

3. Permukaan Selatan – Perlindungan dan Penyerangan

Permukaan Selatan mempunyai daya tenaga yang kuat. Ini kerana Permukaan Selatan mewakili simbul API. Jesteru itu tenaga permukaan ini dapat digunakan bagi tujuan kebaikan dan kejahatan. Perlu diingatkan bahawa di dalam hukum karma dan alam, setiap perbuatan ada balasan serta kesannya kepada diri kita sendiri. Maka berhati hatilah dalam menggunakan Tenaga Permukaan Selatan ini dalam kehidupan seharian.

Walaupun tenaga ini boleh digunakan untuk perlindungan dan penyerangan, penggunaan sebagai perlindungan adalah lebih baik. Penggunaan tenaga secara penyerangan hanya dapat digunakan secara defensif iaitu mengembalikan tenaga negatif yang dilakukan oleh orang lain terhadap kita dan bukannya memancarkan tenaga untuk merosakkan orang lain.


4. Permukaan Barat – Kesihatan dan Kekuatan

Permukaan Selatan ini mewakili simbol AIR yang bersifat suci lagi menyucikan. Dengan Tenaga Permukaan Barat ini, anda boleh menggunakannya untuk tujuan rawatan dan juga menambahkan kekuatan tubuh badan. Perlu diingat, penggunaan Tenaga Penyembuhan ini hanyalah bersifat ”supplementary effort”, maka untuk itu ubat-ubatan dan makanan tambahan berkhasiat masih diperlukan untuk mempercepatkan lagi penyembuhan diri anda.




sumber : AURA ASSHIFA (http://auraasshifa.blogspot.com/)

Rukun Puasa






Assalamualaikum...

Sempena menjelang Bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak berapa hari lagi, terlebih dahulu saya memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati AllahS.W.T, insyaallah dan disini saya pastekan panduan amalan ibadah dibulan yang mulia nanti.

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA

Rukun Puasa:
1) Niat, di waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar.
2) Meninggalkan semua perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari.
3) Menahan diri daripada melakukan persetubuhan atau mengeluarkan mani dengan tangan (Onani ) dan sebagainya  .

Membatalkan Puasa:
Sekiranya
1) Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
2) Muntah dengan sengaja.
3) Mengeluarkan mani dengan sengaja.
4) Haid atau nifas.
5) Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
6) Murtad (keluar dari Islam).
7) Gila (hilang akal).

Pantang-larang puasa:
Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).
1) Berdusta, berbohong.
2) Mengumpat, mengata orang.
3) Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
4) Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.
5) Marah.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya”.
(Hadis Riwayat Muslim)





Wednesday 13 June 2012

Android Locker dalam Komputer anda...



XUS PC Lock menawarkan cara baru dan seronok untuk anda untuk mengunci komputer anda. Sebelum menggunakan Kunci PC XUS, anda perlu menentukan corak kunci anda.Pada kali seterusnya anda akan melihat Lock Screen, anda slide tetikus anda dalam corak anda dan komputer anda akan membuka kunci. Mana-mana corak dan di mana-mana perintah yang lain tidak akan membuka kunci komputer. XUS PC Lock boleh mengunci seluruh komputer. Ini adalah ciri kunci yang paling mesra pengguna yang boleh didapati pada masa ini dengan banyak pilihan penyesuaian. XUS PC Lock adalah kunci komputer muktamad disesuaikan aplikasi yang membolehkan anda memilih corak kunci untuk skrin kunci. XUS Lock PC boleh Autolock komputer apabila startup Windows dan idle. XUS PC Lock membolehkan anda untuk menetapkan mod isyarat apabila corak yang salah dimasukkan try limit.

Locker KeyPattern Mode


*nak product key  XUS_PC_LOCK ULTIMATE Edition???...
sila emelkan prmintaan anda kepada pengarang...:)

Tuesday 14 February 2012

23 TANDA LELAKI SETIA PADA CINTA

_Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

_Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

_Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

_Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yg meluap2.

_Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

_Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.

_Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

_Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

_Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

_Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

_Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

_Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

_Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

_Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

_Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

_Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

_Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

_Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

_Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

_Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

_Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

_Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

_Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

Thursday 9 February 2012