Selamat datang ke blog My Shared Folder.. :::INFO SEMASA::: (1)> Perkhidmatan Ezytopup servis sudah dijalankan pada 22/06/2012... p/s: urusniaga dalam Ringgit Malaysia tunai sahaja.. (2)kpd rakan-rakan yang ingin mendaftar menjadi Reseller boleh hubungi Azizineo untuk info selanjutnya... Terima Kasih atas sokongan anda..

Tuesday 29 November 2011

Serpihan mikrocip hitam-hitamku...

Suhu embun pagi bagai megigit hingga ke tulang putih.. Lagi memutihkan pabila peristiwa di suatu pagi di dalam bilik beralamat A4-3.14 memberi kesan yang amat besar bagi sesiapa sahaja yang melalui atau telah melaluinya. Laptop COMPAQ CQ-40 bersama-sama dengan keringat kerja selama 2 tahun, database salah sebuah kelab dalam institusi di Malaysia (PTSS), dan sebahagian jurnal hidupku. Tidak cukup dengan itu, telefon bimbit berjenama CSL BLUEBERRY 8200i yang menjadi penghubung, penghibur, dan sisipan gambar memori telah menjadi sejarah yang mungkin hanya boleh dikenang selama sepanjang 2 tahun hayatnya berjasa kepada semua yang mengetik jari padanya sebagai jambatan ilmu..


Tatkala mempunyai pelbagai software dari dibelenggu oleh pengodam mengambil alih arahan melalui jalan-jalan belakang root utama tetingkap.. Kita mampu mengelaknya dengan berperang dengan Trojan, Brontok, Recycler, Bombtimer dan limpahan Buffer.. Tapi pabila pencuri mengambil alih hardware, kita tidak mampu mengelaknya apabila ia sudah terjadi dan tiada lagi.. Maka, tepat pada pukul 5:00 A.M, 30/09/2011 telah mengukir sejarah kepada salah satu pengajaran agar kalau penat manapun, gagahkanlah diri untuk mengunci pintu bilik (kediaman) walaupun hanya berehat sebentar kerana bimbang memang akan terlena.. Dukacitanya, anda akan bangun dengan membuka mata dan melihat hardware (lappy) anda sudah hilang di pandangan anda..=)