Selamat datang ke blog My Shared Folder.. :::INFO SEMASA::: (1)> Perkhidmatan Ezytopup servis sudah dijalankan pada 22/06/2012... p/s: urusniaga dalam Ringgit Malaysia tunai sahaja.. (2)kpd rakan-rakan yang ingin mendaftar menjadi Reseller boleh hubungi Azizineo untuk info selanjutnya... Terima Kasih atas sokongan anda..

Friday 26 August 2011

Blogger perlu patuhi undang-undang negara



KUALA LUMPUR, 16 Jun 2011 – Penulis blog atau blogger mempunyai kedudukan sama seperti penulis majalah atau surat khabar kerana mereka tertakluk di bawah undang-undang negara.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, golongan tersebut tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan saman oleh individu yang mendapati diri mereka telah difitnah.
“Blogger boleh dikenakan tindakan undang-undang daripada pihak berkuasa jika didapati cuba menghasut dan melakukan kegiatan jenayah sehingga ada pihak mengalami kerugian,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Blogger dan Media Sosial Dunia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

p/s:Fikir-fikirlah sendiri :D
Link : Wikipedia

No comments:

Post a Comment